9 November 2013
jatuh cinta
adakah ia satu keperluan, atau hanya kehendak manusia.. fitrah mungkin.. entah lah, aku xpunya jawapan utk persoalan itu.. apa yg aku tahu, ianya melibatkn hati & perasaan.. sukar dijangka bila ia akan tiba, tapi kadang kala kita tahu saat ia akan pergi.. menyebabkan hati melonjak gembira, namun kadang dipenuhi lara semata..berbicara tentang ini, aku xtahu, adakah aku benar telah jatuh cinta.. haruskah aku meraikan perasaan ini, haruskah aku bersedih kerananya.. ia tiba tanpa kuduga, tanpa kusedar dia datang mengetuk pintu ke hati ini..telah ku buka pintu untuknya, namun haruskah aku menjemput dia masuk, atau haruskah dia yang melangkah dengan sendiri.. haruskah pula aku menghalangnya.. aku xpasti Ya Allah.. adakah ini ujian dari-Mu? jauhkan aku dari sebarang kemaksiatan Ya Allah.. aku tidak kuat dalam menghadapi persoalan ini.. kenapa dia hadir saat aku harus menunaikan permintaan kedua orang tua ku? kenapa dia hadir saat aku masih mencari arah tujuanku? kenapa dia hadir saat aku masih terumbang ambing di lautan matlamatlku sendiri? kenapa harus di saat ini dia menghadirkan diri? & mengapa aku yang dipilihnya? bukan aku cuba utk mempersoalkan takdir, aku hanya tidak kuat utk mengharunginya sendirian.. adakah kehadirannya dapat membantu ku mencapai matlamat dan menetapkan arah perjalanan hidupku? itu aku tidak pasti, aku tidak tahu & aku juga tidak punya cara bagaimana untuk aku mengetahuinya.. mungkin orang lain memandang enteng persoalan ku ini, tapi biarlah, mereka tidak mengerti gelora di hati ini.. tidak mungkin mereka akan tahu apa yang bermain di fikiran & hati ini..tidak mungkin mereka akan faham perasaan ini.. catitan ini bukan untuk meraih simpati, bukan juga untuk mendendangkan gelojak perasaan ini ke seluruh buana.. ini hanya rintihan sepi dari seorang aku yang tidak mampu untuk meluahkan kepada mereka yang memahami.. juga satu pengakuan buat si dia yang telah menghadirkan perasaan ini kepada ku.. mengerti kah dia akan naluri ini? aku tidak tahu.. aku tidak punya jawapan untuk itu.. mungkin kah aku hanya bertepuk sebelah tangan? aku tidak tahu.. aku tidak tahu & aku tidak mahu tahu tentang itu.. tujuanku kesini cuma satu, menunaikan janji serta memenuhi permintaan kedua orang tua ku.. untuk itu, bantu aku Ya Allah, tetapkan hati ini dalam memenuhi matlamat ku.. kuatkan hati ini dalam menghadapi ujian dari-Mu, Ya Allah.. bantu lah aku Ya Allah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan